Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi perempuan 5 bulan
KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap bayi perempuan berusia lima bulan, 24 Julai lalu.
Tertuduh, Muhammad Irwan Che Leh, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah, memetik laporan Harian Metro.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas bayi itu di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini, 12.30 tengah hari, pada 24 Julai 2024.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh berikutan perbuatan itu adalah satu jenayah yang serius dan membabitkan bayi yang masih kecil.
Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai sebutan semula kes untuk lantikan peguam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






