BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Bunuh pelajar IPT: Gajet mangsa dilupus suspek

SHAH ALAM – Suspek utama dalam kes pembunuhan melibatkan seorang penuntut universiti swasta dipercayai telah melupuskan beberapa barangan milik mangsa, termasuk dua peranti elektronik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati telefon bimbit mangsa telah dibuang, manakala komputer riba dilupuskan bersama beberapa barangan peribadi lain.

“Suspek telah membuang telefon bimbit mangsa dan turut melupuskan komputer riba, kunci serta kad akses kediaman.

“Bagaimanapun, sebahagian besar barangan kes berjaya ditemui semula oleh pihak polis,” katanya memetik laporan Kosmo.

Dalam perkembangan berkaitan, polis kini sedang menjejaki seorang saksi penting yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

“Saksi tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa barangan yang dicuri oleh suspek utama,” ujarnya.

Siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan mengenal pasti sebarang elemen lain yang boleh membantu pendakwaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button