BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh Kevin Morais: Keputusan rayuan akhir enam individu dijangka diketahui hari ini

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini dijangka akan membuat keputusan terhadap rayuan akhir enam individu yang disabitkan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Keputusan berkenaan akan disampaikan panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang.

Panel berkenaan telah menangguhkan keputusan mereka pada 14 Mei lepas setelah mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Kunaseegaran, 62, pemberi pinjaman wang S Ravi Chandran, 54 dan empat penganggur iaitu R Dinishwaran, 33, A K Thinesh Kumar, 32, M Vishwanath, 35, dan S Nimalan, 32, selepas didapati bersalah atas pembunuhan Morais.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka pada 14 Mac tahun lepas dan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut.

Pembunuhan berlaku di satu lokasi sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015.

Morais, 55, kali terakhir dilihat meninggalkan kondominiumnya dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayat Morais ditemukan dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya pada 16 September tahun yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button