
Bom petrol : Kementerian Perpaduan, Hal Ehwal Agama adakan mesyuarat tergempar
PETALING JAYA – Kementerian Perpaduan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan kes serangan ke atas rangkaian kedai serbaneka KK Mart.
Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang dan Datuk Seri Na’im Mokhtar dalam kenyataan bersama berkata, Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini bagi membincang dan mengambil tindakan segera untuk mengelak situasi bertambah buruk.
Kedua-dua menteri turut mengeluarkan amaran kepada semua pihak supaya tidak membangkitkan polemik perkauman lalu, yang boleh mencetuskan ketegangan sosial dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.
“Semua pihak tidak sepatutnya mencetuskan sensitiviti agama dan perlu mematuhi Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan terbaharu pada Ahad lalu, sebutir bom petrol dilempar ke arah kedai KK Mart di Kuching, Sarawak yang merupakan kes ketiga seumpamanya selepas di Perak dan Pahang.
Kejadian dipercayai berpunca daripada penjualan stoking bercetak kalimah Allah oleh KK Mart di Bandar Sunway pada 13 Mac lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |