
Bella sebak, gagal tahan air mata selepas mahkamah bebaskan Syed Saddiq
PUTRAJAYA – Penyanyi, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat kes menyeleweng dana Armada, tujuh tahun lalu.
Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, hadir ke bangunan Istana Kehakiman di sini bagi memberikan sokongan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Sepanjang sidang media dilakukan selepas keputusan dibuat, Bella yang berdiri bersama ahli keluarga Syed Saddiq lebih banyak menundukkan diri.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Bella yang meraih populariti bersama Syed Saddiq selepas digandingkan dalam iklan baju Melayu Primavera sempena hari raya lalu hanya melontarkan senyuman dengan menyatakan air mata itu merupakan tangisan kegembiraan dan kesyukuran.
Bella juga dilihat ceria ketika bergambar bersama ahli keluarga Syed Saddiq selepas sidang akhbar tersebut.

Terdahulu mahkamah membebaskan dan melepaskan bekas Presiden MUDA itu daripada sabitan bersalah dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
Ia membabitkan satu kes subahat pecah amanah dana berjumlah RM1 juta, satu pertuduhan salah guna harta (RM120,000) dan dua pengubahan wang haram (AMLA) masing-masing (RM50,000).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |