Bekas suami pempengaruh ditahan bantu siasatan kes penipuan pakej pelancongan
JOHOR BAHRU – Bekas suami pempengaruh, Kim Seri ditahan bagi membantu siastan kes penipuan yang menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar yang mengesahkan penahanan itu berkata, warga tempatan berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang menggunakan syarikat berkenaan untuk menerima pembayaran daripada mangsa.
Jelas beliau, suspek ditahan 21 April lepas dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut bagi lapan lagi aduan di negeri ini bagi kes yang sama.
“Lapan kertas siasatan telah dibuka terhadap akaun terlibat membabitkan Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang serta akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk selanjutnya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu. Polis Johor turut mendapati suspek juga terlibat dengan modus operandi yang sama di beberapa kontinjen (negeri) lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



