JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas posmen dituduh bunuh Bella

BATU PAHAT – Seorang bekas posmen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh Allahyarhamah Mira Sharmilah Samsusah atau Bella.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang juga teman lelaki Bella hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Haikal didakwa membunuh Bella antara pukul 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember 2023 lepas.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Kelapa Bali, Taman Soga hingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Syahril Anuar.

Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button