Bekas Pesuruhjaya Kehakiman didakwa cabul
PETALING JAYA – Seorang bekas Pesuruhjaya Kehakiman (JC) didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mencabul seorang wanita Januari lalu, lapor Kosmo!
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 63 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Azura Mohd. Saad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang kini sebagai penasihat undang-undang didakwa mencabul kehormatan mangsa berusia 28 tahun di antara pukul 3.45 dan 4.00 petang pada 6 Januari lalu, dari kawasan parkir sebuah pusat komersial di Seksyen 16 hingga ke sebuah kompleks di Jalan Professor Diraja Ungku Aziz, di sini.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap wanita sama di antara pukul 4.45 petang hingga 4.55 petang hari yang sama di ruang lobi sebuah premis perniagaan di sini.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan namun peguam bela tertuduh merayu agar jumlah itu dikurangkan.
Majistret Farah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





