JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas menteri tinggalkan ibu pejabat SPRM setelah hampir sembilan jam

Dipercayai bagi memberi keterangan

PUTRAJAYA – Bekas menteri yang didakwa menerima sogokan kira-kira RM5 juta dan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini dipercayai meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah hampir sembilan jam.

Difahamkan, pegawai penyiasat hanya melepaskan bekas pemimpin itu sekitar pukul 6 petang tadi.

Terdahulu, beliau dilihat memasuki kawasan tersebut kira-kira pukul 10 pagi tadi, dipercayai bagi menyambung memberi keterangan.

Difahamkan, setakat ini tiada proses mengambil keterangan akan dibuat esok.

Semalam, individu tersebut dilaporkan berada di Ibu Pejabat SPRM lebih tujuh jam untuk disoal siasat berhubung siasatan kes rasuah yang dikaitkan dengan projek papan iklan serta urusan pemindahan tanah di ibu negara.

Dia dipercayai meninggalkan pekarangan ibu pejabat SPRM pada 6.50 petang selepas tiba sekitar 10.30 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button