BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Bekas CEO direman berkait tuntutan palsu RM360 juta

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi bekas ketua pegawai ekskutif yang disyaki bersubahat mengemukakakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 5 Mei 2025 terhadap suspek dikeluarkan Pendaftar Eleanor Mako Timothy selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek seorang lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi membuat tuntutan berjumlah kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuhraya yang bernilai kira-kira RM1.30 billion,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan Datuk Zainul Darus, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM2009.

Beliau berkata empat individu yang ditahan reman pada Rabu lalu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button