BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Beg berisi lebih 700 peluru hidup dan kosong ditemukan di Bukit Jambul

BAYAN LEPAS – Sebuah beg berisi lebih 700 biji peluru hidup dan peluru kosong ditemui di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad dalam satu kenyataan berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan tersebut daripada orang awam pada pukul 1.40 petang.

“Hasil siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati sebuah beg yang mengandungi sejumlah peluru hidup dan peluru kosong jenis kaliber .22 telah ditinggalkan di tempat pembuangan sampah pangsapuri tersebut oleh individu yang tidak dikenali.

“Pihak polis memandang serius kes ini dan sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nurul Aishah Izati Zaidi di talian 011-2154 4465.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button