JENAYAH & MAHKAMAH

Bayi berjaya diselamatkan daripada lelaki bersenjatakan pisau

Cuba larikan diri setelah gagal mencuri di pasar raya

BUTTERWORTH – Orang awam berjaya menyelamatkan seorang bayi yang ditarik lelaki warga asing bersenjatakan pisau ketika dia cuba melarikan diri setelah mencuri di sebuah pasar raya, di sini semalam.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman berkata, lelaki Vietnam itu cuba melarikan diri dengan membawa beberapa makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat pembayaran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu semalam, penyelia bahagian pasar raya itu dapat menangkap suspek, namun lelaki itu dipercayai terlepas.

“Dalam usaha menangkap semula, suspek bertindak menarik seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sambil memegang pisau.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa serta beberapa orang awam di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Suspek bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan beberapa pekerja pasar raya dan orang awam, sebelum diserahkan kepada polis.

Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dan Seksyen 324 KK dengan telah mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 506 KK kerana kesalahan ugutan jenayah,” katanya lagi.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Shuheri Abd Rani di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button