Jenayah & Mahkamah

Bayi baharu lahir maut dicampak dari kondominium

KUALA LUMPUR – Seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Laporan poral Buletin TV3 menyebut, perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi sebentar tadi.

“Kita masih (siasat), pasukan siasatan ada di tempat kejadian, kita ada bantuan unit Anjing Pengesan K9 dan Unit Forensik dan elemen siasatan kita buat segala sudut yang ada. Kita masih mengesan si pelaku,” katanya dalam laporan tersebut.

Tambah Ku Mashariman, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 2.30 petang daripada orang awam memaklumkan terdapat kes buang bayi dari bangunan terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi terbabit baru lahir berikutan mayat mangsa masih mempunyai tali pusat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button