
Bayi 16 bulan didapati positif dadah, polis tahan penjaga
ISKANDAR PUTERI – Polis menahan sepasang kekasih susulan bayi berusia 16 bulan yang berada di bawah jagaan mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pasangan yang ditahan di Jalan Salleh, Johor Bahru itu didapati juga didapati positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.
Suspek lelaki berusia 34 tahun dan suspek wanita berusia 31 tahun dipercayai ibu kepada bayi malang berkenaan ditahan ketika menghantar mangsa yang diserang sawan.
“Selepas mendapat aduan, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Jalan Salleh, Johor Bahru dan seorang wanita berusia 31 tahun di HSA.
“Wanita yang juga ibu kandung bayi berkenaan ditahan ketika menghantar mangsa yang mengalami sawan ke hospital,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pasangan itu sudah dituduh di mahkamah semalam mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
“Mereka ditawarkan jaminan RM6,000 setiap seorang, namun tidak dapat membayar, maka masing-masing kini ditahan di Penjara Koreksional Ledang dan Penjara Kluang. Kes akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 23 Januari depan,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |