Anggota tentera lemas mandi Air Terjun Giam
PADAWAN – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di Air Terjun Giam, Jalan Puncak Borneo, di sini, tengah hari tadi.
Menurut sumber, mangsa merupakan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima rakan lain pada mulanya dipercayai mandi-manda sebelum dihanyutkan arus deras.
Usaha pencarian segera dilakukan rakan-rakan dan mangsa ditemui kira-kira 20 minit kemudian.
“Namun, ketika ditemui mangsa sudah tidak bernyawa dan kematiannya disahkan oleh anggota paramedik yang tiba di lokasi pada pukul 1.20 petang,” katanya memetik laporan BH Online.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada pukul 12.06 tengah hari.
“Sebaik menerima laporan, anggota polis bersama pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi.
“Mangsa yang dipercayai lemas berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, identiti mangsa tidak didedahkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
