
Anggota SMART disyaki minta, terima rasuah RM5,000 direman SPRM
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) disyaki meminta dan menerima wang suapan kira-kira RM5,000 sebagai balasan memperakukan kerja-kerja pembekalan kayu masak bagi tujuan latihan shoring Februari lalu.
Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Mei 2025 terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Aina Syakinah Aminuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Shah Alam, Selangor pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 40-an itu ditahan sekitar pukul 11 malam semalam di sebuah lokasi di Selangor.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar bulan Februari tahun ini dan disyaki menerima wang rasuah tersebut secara tunai berjumlah kira-kira RM5,000,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |