Kemalangan di PLUS ragut nyawa anggota polis
IPOH – Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas di Kilometer 253.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Kuala Kangsar, malam semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.24 malam ketika mangsa, Sarjan Shamsul Ishak, 58, dari Cawangan Khas IPK Kedah, dalam perjalanan pulang ke Alor Setar selepas mengunjungi rakan-rakan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang jalan, menyebabkan beliau tercampak dari motosikal.
“Mangsa yang mengalami kecederaan serius termasuk lebam dan luka di bahagian rusuk kiri segera dihantar ke Hospital Taiping oleh pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.24 malam ketika dirawat di zon kecemasan hospital berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar kemalangan dan kita menyeru saksi kejadian tampil membantu siasatan,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








