JENAYAH & MAHKAMAH

Alif Teega, Aisyah Hijanah akan didakwa di mahkamah hari ini

SHAH ALAM – Pasangan pempengaruh, Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan salah guna dana awam.

Pada 20 September lalu, Alif Teega telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahguna dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu.

Walau bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidam bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Pada Julai lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya memerintahkan Alif dan isterinya direman empat hari berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut ditahan reman, dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button