JENAYAH & MAHKAMAH

Akibat tertekan punca pelajar perempuan larikan diri

KLUANG – Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini pada Ahad lalu selamat ditemui.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Nurul Alya Farzana Zamri, 16, ditemui ibunya di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini jam 10.30 malam semalam.

“Berdasarkan siasatan, pelajar berkenaan keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati.

“Dia juga berasa tertekan tinggal di rumah,” katanya dalam kernyataan hari ini.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai hebahan mengesan Nur Alya Farzana dan ahli keluarga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button