JENAYAH & MAHKAMAH

AGC terima kertas siasatan kes Zara Qairina

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah menerima kertas siasatan berhubung kematian pelajar Allahyarham Zara Qairina Mahathir daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

AGC dalam satu kenyataan hari ini berkata, dokumen tersebut diterima di cawangannya di Sabah semalam dan di ibu pejabatnya, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sedang melakukan penelitian merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan, bagi memastikan setiap keputusan dibuat berlandaskan undang-undang dan prinsip keadilan.

“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian terhadap laporan penuh siasatan awal itu dilaksanakan,” katanya.

AGC turut menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan serta keadilan.

Allahyarham Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu setelah beberapa hari berada dalam koma setelah ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya, 16 Julai lalu.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan, pihak polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli dalam kejadian berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button