BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAHPOLITIK

ADUN PN didakwa fitnah, dua Ahli Parlimen DAP mahu ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Parlimen DAP, Syahredzan Johan (Bangi) dan Young Syefura Othman (Bentong) menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin susulan satu hantaran yang didakwa berunsur fitnah di laman Facebook.

Syahredzan dan Syefura dalam kenyataan bersama berkata, Jasri yang merupakan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur tuduhan dan penghinaan terhadap mereka.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman – Foto MT/Meme

“Semalam, ADUN Kuala Sentul memuat naik satu status yang mengandungi kata-kata yang memfitnah kami, termasuk mengatakan kami sanggup menjadi ‘sukarelawan untuk jadi pembelot bangsa’ serta kata-kata lain yang tidak berasas,” katanya lagi.

Menurut kedua-dua pemimpin DAP itu, mereka memandang serius perkara tersebut memandangkan sebelum itu mereka turut menjadi sasaran fitnah oleh pengikut PN di media sosial.

DAP nafi mahu pinda Perlembagaan Persekutuan
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan

“Kami tidak sangka perangai ini turut dicerminkan oleh pemimpin mereka sendiri,” katanya lagi.

Mereka turut melahirkan kekecewaan kerana seorang wakil rakyat beragama Islam sanggup memfitnah selepas berakhirnya bulan Syawal yang sepatutnya menjadi bulan kemenangan dan keinsafan.

“Kami akan mendapatkan nasihat peguam dan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mereka turut mengingatkan semua pemimpin dan wakil rakyat PN agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, terutama membabitkan tuduhan serius.

“Jangan lupa bahawa sebelum ini terdapat pemimpin PN yang diarahkan oleh mahkamah untuk membayar pampasan selepas didapati memfitnah,” katanya lagi.

Setakat ini, ADUN Kuala Sentul belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung perkara tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button