
AADK kesan penipuan dalam talian sasar keluarga klien
KAJANG – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengesan kegiatan penipuan dalam talian yang meminta
sejumlah bayaran tertentu daripada keluarga klien sebagai syarat mengelakkan tindakan tegas dikenakan terhadap mereka.
AADK dalam satu kenyataan berkata, pemanggil tersebut yang menyamar sebagai pegawai AADK akan memeras ugut keluarga klien yang sedang menjalani program rawatan dan pemulihan.
Katanya, sehingga kini, dua kes telah dikenalpasti membabitkan panggilan telefon dan e-mel yang dihantar terus kepada keluarga klien.
“Penipu didapati menyamar sebagai pegawai dari ibu pejabat AADK untuk memperdaya mangsa dan mendapatkan wang secara haram.
“Bagaimanapun, tiada mangsa yang tertipu setakat ini kerana mereka segera menghubungi Pusat Gerakan Hotline (PGH) AADK bagi mendapatkan pengesahan,” katanya dalam dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, AADK mengingatkan orang ramai menasihatkan keluarga dan penjaga klien supaya berwaspada sekiranya menerima panggilan atau e-mel mencurigakan dengan tidak melakukan sebarang transaksi pemindahan wang kepada individu atau nombor akaun yang mencurigakan.
Dalam pada itu AADK turut menasihatkan supaya segera membuat laporan polis dan melaporkan kejadian kepada pejabat AADK berhampiran atau menghubungi talian bebas tol PGH AADK di 1-800-22-2235 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-626 2233.
“Orang ramai turut diseru supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik licik pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan nama AADK untuk kepentingan peribadi,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |