JENAYAH & MAHKAMAH

7 ditahan disyaki kendalikan pusat panggilan penipuan pekerjaan

Beroperasi lebih setahun di sebuah kondominium di Cyberjaya

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh individu dengan dua daripadanya wanita kerana disyaki mengendalikan pusat panggilan penipuan pekerjaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan dalam satu serbuan 13 Mac lalu.

Tambahnya, suspek dipercayai menjalankan operasi itu di sebuah unit kondominium di Cyberjaya selama lebih setahun, dan menyasarkan mangsa dari Hong Kong, lapor NST.

“Mereka dipercayai bertugas sebagai operator telefon dan menerima gaji asas kira-kira RM4,000 setiap seorang.

“Suspek dipercayai memperdaya mangsa untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu,” katanya, sambil menambah bahawa tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan perjudian, penipuan dan dadah,” katanya semalam.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas tujuh komputer riba, 11 telefon bimbit, sebuah penghala (router), kad akses dan satu set kunci.

Tambahnya, kesemua suspek telah dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan lanjut dan di Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen 120(B)(1) Kanun Keseksaan.

Ramli mengingatkan pemilik premis supaya lebih bertanggungjawab dan peka terhadap aktiviti penyewa mereka bagi mengelakkan hartanah mereka digunakan untuk kegiatan penipuan.

“Alasan tidak mengetahui apa yang berlaku di premis mereka tidak boleh diterima.

“Pemilik perlu dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat aktiviti jenayah di unit mereka,” katanya, sambil menambah bahawa pihak polis sedang mengkaji cadangan untuk peruntukan undang-undang khusus bagi menangani isu ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button