JENAYAH & MAHKAMAH

4 anak Abuya antara yang ditahan Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Empat anak perempuan pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad antara 19 individu berkaitan pengurusan tertinggi Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan Bukit Aman hari ini.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata empat wanita tersebut berusia antara 29 hingga 38 tahun.

“Mereka adalah antara 19 yang ditahan ketika kami melakukan empat serbuan di sebuah unit kediaman di sepanjang Jalan Imbi (Kuala Lumpur) jam 5.40 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini

Difahamkan bahawa seorang daripada empat wanita tersebut adalah isteri kepada ketua pegawai eksekutif GISBH yang turut ditahan.

Al-Arqam yang diasaskan oleh Ashaari, adalah sebuah kumpulan ajaran yang diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1994.

Selepas Al-Arqam diharamkan pada 1994 dan beberapa pemimpin kanannya ditahan mengikut ISA, pengikut menubuhkan Rufaqa Corporation disusuli penubuhan GISBH pada 2008 sebagai organisasi perniagaan berasaskan agama dengan doktrinnya masih tarekat Aurad Muhammadiah yang diharamkan

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button