3R: Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di Selayang, esok bagi menghadapi sekurang-kurangnya dua pertuduhan.
Memetik laporan BH Online, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai berdepan tuduhan berkaitan kenyataan yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya.
Carian menerusi laman e-filing mahkamah, menunjukkan Sanusi akan didakwa di Mahkamah Sesyen Satu dan Dua Selayang.
Pendakwaan terhadap Sanusi akan dibuat secara berasingan di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Beliau dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berdasarkan ucapannya ketika menghadiri satu acara ceramah politik PN di Selayang pada 11 Julai lalu, pemimpin PAS itu dikatakan menyentuh isu perkenan Sultan Selangor dalam hal berkaitan pelantikan Menteri Besar di negeri itu.
Dalam ucapan yang tular, beliau membandingkan urusan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah dengan Datuk Seri Amirudin Shari yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Sultan Selangor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






