
21 rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan
SANDAKAN – Sebanyak 21 rumah di Kampung Batu Putih, Batu 7, di tebingan Sungai Seguntor di sini, musnah terbakar dalam kebakaran pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, dua mangsa termasuk kanak-kanak dilaporkan melecur ketika cuba menyelamatkan diri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.40 pagi.
Katanya, sepasukan 25 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan 21 rumah jenis tidak kekal dan sebuah stor penyimpanan barang-barang kampung dengan kebakaran 100 peratus.
“Keluasan kawasan kebakaran dianggarkan seluas kira-kira tiga ekar dan pasukan segera melancarkan operasi mengawal api daripada terus merebak ke rumah berhampiran,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, operasi memadamkan kebakaran dijalankan menggunakan tiga aliran dan enam pancutan sumber air dari jentera serta air terbuka.
“Terdapat dua mangsa melecur di bahagian tangan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Operasi dilaporkan terkawal dan operasi pemadaman masih diteruskan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
Kebakaran sukar dikatakan sukar dikawal kerana kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |