Jenayah & Mahkamah

2 maut, seorang pelajar kolej cedera dirempuh pemandu mabuk

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk merempuh lima kenderaan hingga mengakibatkan dua pelajar kolej maut dalam kemalangan dekat Jalan Cheras di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 6.43 pagi melibatkan empat kereta dan dua motosikal.

“Sebuah kereta dipandu seorang individu dipercayai terbabas sebelum memasuki jalan bertentangan dan melanggar beberapa buah kenderaan lain.

“Dua individu maut merupakan penumpang salah sebuah kenderaan yang dilanggar berumur lingkungan 22 tahun dan pelajar di sebuah kolej,” katanya menerusi satu kenyataan.

Katanya, individu memandu kenderaan yang melanggar lima kenderaan ini kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Individu terbabit merupakan lelaki tempatan berumur 23 tahun dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

“Siasatan berkaitan kejadian berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk membantu siasatan,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button