
19 nyawa terkorban dalam kemalangan semalam – PDRM
KUALA LUMPUR — Sebanyak 1,740 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam membabitkan 19 kematian, menurut laporan harian dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak berbanding hari sebelumnya dengan tambahan 405 kes kemalangan dan sembilan kematian.
JSPT dalam kenyataannya mengingatkan para pengguna jalan raya agar terus mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.
“Patuhi undang-undang jalan raya tanpa kompromi. Setiap nyawa amat berharga. Sayangi diri, jauhi kemalangan,” menurut kenyataan itu.
Pihak polis turut menegaskan bahawa pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan di lokasi-lokasi berisiko tinggi bagi mengekang peningkatan kadar kemalangan, terutamanya ketika waktu puncak dan musim cuti persekolahan.
Orang ramai juga diseru untuk memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan budaya jalan raya yang lebih selamat bagi semua pengguna.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |