JENAYAH & MAHKAMAH

167 karton arak dirampas, 2 lelaki ditahan

ISKANDAR PUTERI – Pihak polis menahan dua lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai di persimpangan Exit 311 menghala Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, tindakan tersebut dilakukan kira-kira pukul 3.20 pagi apabila pihaknya menahan dua kenderaan yang masing-masing dipandu dua suspek terbabit.

“Kita menemui minuman keras itu di dalam Toyota Estima, manakala sebuah lagi Perodua Bezza disyaki membantu dengan menjaga laluan ketika perjalanan membawa arak berkenaan.

“Selain 167 karton minuman keras dirampas dan dua kenderaan disita, kita turut merampas dua telefon bimbit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Jelas beliau, kesemua karton minuman keras yang ditemui itu bernilai sebanyak RM98,302 termasuk cukai.

Sementara itu, beliau berkata kedua-dua suspek berusia 35 dan 42 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Mereka direman selama 12 hari sehingga 24 Jun depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button