JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

12 warga asing ditahan dalam serbuan kedai cuci kenderaan

PETALING JAYA – Seramai 12 pekerja warga asing ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah stesyen minyak yang menjalankan khidmat cuci kenderaan di Lebuhraya Petaling Jaya tengahari tadi.

Gambar ehsan – JIM

Ketua Pengarah Imigresyen, Datuk Ruslin Jusuh berkata, serbuan melibatkan 17 anggota dari bahagian penguatkuasaan
dilakukan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam operasi ini semua warga asing telah diperiksa dan ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki pas atau dokumen yang sah bagi memasuki Malaysia dan telah melanggar peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas.

“Mereka yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh dalam lingkungan umur 25 hingga 35 tahun telah ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Menurut Ruslin, tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan aduan awam yang diterima pihak JIM.

“Kami tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa dan menyalah guna pas di negara ini.

“Tindakan tegas akan turut diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button