BERITA SEMASA

Jasad konstabel polis hilang dihanyut banjir ditemukan 100m dari lokasi terjatuh

SEPANG – Jasad seorang anggota polis berpangkat konstabel yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dihanyut arus deras banjir di Kampung Giching di sini, semalam ditemukan pagi tadi.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jasad anggota polis itu ditemukan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa terjatuh.

“Jasad dijumpai oleh pihak polis pada jam 7.20 pagi. Jarak dalam 100 meter dari lokasi mangsa jatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, agensi yang terlibat dalam pencarian itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM dan bomba.

Lemas
Jasad konstabel polis hilang dihanyut banjir di Giching, Sepang ditemukan 100m dari lokasi terjatuh.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhamad Rahimi Amirudin, 23, yang bertugas di Balai Polis Nilai, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sekitar jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa dilihat cuba berpaut pada papan tanda jalan sebelum arus deras menariknya.

Sebelum itu, media melaporkan seorang pemandu dipercayai lemas selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam parit berhampiran Klinik Desa Giching.

Mangsa dikatakan cuba berenang keluar selepas kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button