LUAR NEGARA

Jakarta tutup kelab malam, bar sepanjang Ramadan

JAKARTA – Kerajaan Wilayah Jakarta mengarahkan penutupan premis hiburan dan kehidupan malam di ibu negara itu sepanjang bulan Ramadan bagi menjaga ketenteraman awam serta memastikan suasana lebih kondusif.

Ketua Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Andhika Permata berkata, premis terlibat termasuk kelab malam, disko, mandi wap, rumah urut, pusat hiburan dewasa dan bar.

“Arahan itu berkuat kuasa sehari sebelum bermulanya Ramadan sehingga hari kedua Aidilfitri.

“Langkah ini diambil bagi memastikan suasana ibu kota lebih terkawal dan menghormati bulan suci Ramadan,” memetik laporan ANTARA.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan pengecualian diberikan kepada premis yang beroperasi di hotel empat dan lima bintang serta kawasan komersial tertentu yang telah ditetapkan dengan syarat tidak berhampiran kawasan perumahan, rumah ibadat, sekolah atau hospital.

Premis yang dibenarkan beroperasi pula dihadkan dari jam 8.30 malam hingga 1.30 pagi waktu tempatan dan perlu melaksanakan proses ‘closed bill’ sejam sebelum tamat waktu operasi.

Pihak berkuasa berkata, arahan tersebut bertujuan menjaga keharmonian masyarakat sepanjang Ramadan, selain memastikan aktiviti perniagaan berjalan dalam kawalan yang ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button