JAIPk tahan 14 pengunjung pusat hiburan beragama Islam minum arak
IPOH – Seramai 14 orang pengunjung pusat hiburan di sini ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan meminum arak, Jumaat lalu.
Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata, kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan dan pemeriksaan yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIPk dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Kesemua 14 yang ditahan adalah sebahagian daripada 38 orang pengunjung beragama Islam yang dilakukan ujian saringan alkohol.

“Serbuan yang dibuat pada jam 11.45 malam pada Jumaat itu membabitkan seramai 50 orang penguat kuasa dari kedua-dua agensi.
“Dalam serbuan tersebut, seramai 38 orang beragama Islam telah dibawa balik ke pejabat untuk ujian saringan alkohol.
“Seramai 14 orang kemudiannya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan meminum minuman memabukkan dan akan disiasat di bawah Seksyen 59 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Bagi kesalahan itu, umat Islam boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








