JENAYAH & MAHKAMAH

Jabatan Penjara, PDRM giat buru OKT lolos selepas prosiding mahkamah

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengesan dan menahan semula seorang Orang Kena Tuduh (OKT) yang meloloskan diri daripada tahanan selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada 9 April 2026 pada pukul 6 petang di perkarangan Penjara Sungai Buloh ketika proses penghantaran OKT sedang dijalankan oleh pihak polis.

warga pakistan
Muhammad Hassan berdepan pelbagai pertuduhan, termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 14(d) dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – Foto ihsan PDRM

Menurut kenyataan itu, operasi pencarian sedang giat dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai agensi keselamatan yang telah dimaklumkan bagi membantu usaha menjejaki suspek.

“Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT tersebut.

“Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut menegaskan komitmennya untuk memastikan keselamatan tahanan serta orang awam sentiasa terpelihara, selain memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang pelanggaran prosedur yang dikenal pasti.

Terdahulu, media melaporkan seorang tahanan reman warga Pakistan meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh semalam.

Suspek, dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, dilaporkan berdepan pelbagai pertuduhan termasuk di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button