Isu 40 peratus hasil Sabah: Mesyuarat kedua Persekutuan–Negeri bakal diadakan bulan ini
PUTRAJAYA – Mesyuarat kedua antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan isu penyaluran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah akan diadakan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi sebagai kesinambungan perbincangan awal yang berlangsung pada November lalu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu akan melibatkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong susulan tamatnya tempoh 90 hari pertama selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkuat kuasa hari ini.

Menurutnya, Jemaah Menteri telah membincangkan status pelaksanaan isu berkenaan dan mengesahkan bahawa proses awal telah dimulakan dalam tempoh yang ditetapkan.
@malaysiatribune Mesyuarat kedua antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan isu penyaluran 40 peratus hasil Persekutuan kepada Sabah akan diadakan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi sebagai kesinambungan perbincangan awal yang berlangsung pada November lalu. #malaysiatribune #beritasemasa #mcmc
“Dalam tempoh 180 hari, pembayaran, mekanisme dan beberapa perincian lain perlu dimuktamadkan dan dipersetujui antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Tempoh masih ada dalam 90 hari,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.
Fahmi berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapa Sakmud akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung perkembangan lanjut isu berkenaan.
Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal berpegang kepada komitmen untuk melunaskan perjanjian yang dimeterai pemimpin terdahulu negara termasuk peruntukan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berkaitan hak Sabah menerima 40 peratus hasil negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




