
Irmohizam dilantik anggotai Lembaga Pengarah WTCA
CYBERJAYA – Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat.
WTCKL dalam satu kenyataan berkata, pemilihan tersebut mencerminkan sumbangan dan kepimpinan Irmohizam dalam industri acara perniagaan (BE) di peringkat global.

“Beliau turut berkhidmat dengan aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS).
“Peranan beliau sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga mengesahkan statusnya sebagai peneraju serta tokoh terkemuka dalam industri BE bagi mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia di pentas global,” kata WTCKL dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, kata Irmohizam, pencapaian tersebut mencerminkan kekuatan dan potensi Malaysia dalam acara perniagaan global.
Jelas beliau, usaha itu akan menjadikan Malaysia menjadi sebahagian komuniti perniagaan antarabangsa.
“Saya bangga dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah WTCA.
“Berkat usaha dan bekerja tanpa jemu untuk membawa Malaysia ke hadapan bagi menjadikan kita lebih kuat sebagai salah satu pemain industri,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




