LUAR NEGARA

Iran larang alat kelui, walkie-talkie dalam penerbangan

TEHRAN – Pertubuhan Penerbangan Awam Iran melarang penggunaan alat kelui dan walkie-talkie dalam semua penerbangan.

Menurut jurucakap pertubuhan tersebut, Jafar Yazerlo, kemasukan mana-mana peranti komunikasi elektronik kecuali telefon bimbit ke dalam kabin penerbangan atau dalam kargo tanpa diiringi diharamkan, lapor media tempatan, Isna.

Larangan tersebut susulan serangan sabotaj menggunakan alatan kelui dan walkie-talkie di Lebanon didalangi rejim Zionis yang meragut sekurang-kurangnya 39 nyawa, dan mencederakan kira-kira 3,000 mangsa.

Awal bulan ini, syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di Dubai telah mengeluarkan larangan alat kelui dan walkie-talkie di dalam pesawatnya.

Ketegangan di rantau Asia Barat meningkat sejak tercetusnya perang Gaza Oktober tahun lalu.

Beberapa syarikat penerbangan dalam beberapa minggu lalu menggantung penerbangan ke Iran selepas serangan peluru berpandu Tehran ke atas Israel pada 1 Oktober.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button