BERITA SEMASALUAR NEGARA

Iran dakwa tembak jatuh dua jet pejuang AS

TEHRAN – Dua pesawat pejuang milik Amerika Syarikat (AS) didakwa ditembak jatuh oleh Iran dalam kejadian berasingan di barat daya negara itu dan berhampiran Selat Hormuz, menurut pihak tentera republik berkenaan.

Jurucakap markas Khatam al-Anbiya berkata, sistem pertahanan udara Iran berjaya memusnahkan sepenuhnya sebuah jet F-15 dalam operasi yang dilancarkan semalam.

Dalam tempoh sama, sebuah lagi pesawat A-10 milik AS turut disasarkan sebelum dilaporkan terhempas di kawasan Teluk.

Setakat ini, nasib sekurang-kurangnya seorang juruterbang F-15 berkenaan masih belum diketahui.

Imej serpihan pesawat serta objek menyerupai kerusi lontar bersama payung terjun turut disiarkan media kerajaan Iran sebagai bukti kejadian.

Presiden AS, Donald Trump bagaimanapun menegaskan insiden tersebut tidak menjejaskan usaha rundingan antara Washington dan Tehran.

Pada masa sama, Speaker Parlimen Iran, Mohammad-Bagher Ghalibaf menyindir kenyataan Trump yang berulang kali mendakwa kemenangan dalam konflik itu.

Menerusi media sosial, beliau mempersoalkan perubahan naratif perang yang sebelum ini dikaitkan dengan usaha ‘pertukaran rejim’.

Sehingga kini, Pentagon dan CENTCOM belum memberikan sebarang reaksi rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Gabenor Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad memaklumkan ganjaran khas akan diberikan kepada mana-mana pihak yang berjaya menahan kru pesawat terbabit, menurut laporan agensi ISNA.

Beberapa ahli politik AS turut mengakui laporan kejadian itu dan menyuarakan sokongan kepada angkatan tenteranya.

Sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu, AS dilaporkan kehilangan tiga jet F-15 di Kuwait selain sebuah pesawat pengisian bahan api yang terhempas di Iraq sehingga mengorbankan enam kru.

Iran turut mendakwa telah menembak jatuh puluhan dron AS, meskipun Trump dan pegawai kanan pentadbirannya sebelum ini menegaskan sistem pertahanan udara negara itu telah dimusnahkan sepenuhnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button