Indonesia tolak dakwaan terlibat dalam sekatan FIFA terhadap FAM
JAKARTA – Menteri Belia dan Sukan, Erick Thohir menolak dakwaan negaranya terlibat dalam sekatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain naturalisasi Harimau Malaya.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) berkata, pertemuan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dengan Presiden FIFA, Gianni Infantino di New York hanya menumpukan kepada masa depan bola sepak Indonesia, termasuk rancangan menubuhkan Akademi FIFA.
“Presiden berbicara mengenai bola sepak Indonesia, bukan mengenai negara lain,” kata Thohir.
Beliau mendedahkan FIFA sedang membangunkan program akar umbi dan kejohanan dunia bawah-15 lapan sebelah.
Erick menegaskan bahawa Indonesia tidak pernah mencampuri urusan pihak lain.
“Kami mahu bola sepak Indonesia maju, badminton terus berkembang dan pencak silat mendunia. Tetapi kami tidak mencampuri urusan orang lain,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








