BERITA SEMASAAGAMA

Hukuman sebat di khalayak ramai bukti kerajaan Terengganu perkasa undang-undang syariah

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan hukuman sebat pesalah khalwat berulang di luar penjara dan di khalayak ramai hari ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dalam memperkasakan undang-undang syariah, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden Pas itu berkata, pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang di luar penjara dan khalayak ramai adalah langkah bagi mendidik masyarakat sejajar dengan perintah Allah SWT.

Pelaksanaan hukuman sebat pesalah khalwat berulang di luar penjara dan di khalayak ramai hari ini adalah langkah mendidik masyarakat, sejajar dengan perintah Allah SWT.

ā€œHukuman ini termasuk dalam takzir, di bawah bidang kuasa negeri, dan dilaksanakan mengikut prinsip Maqasid Syariah serta kaedah sebatan mengikut kaedah Islam.

ā€œSemoga negeri Terengganu, kepimpinannya, dan seluruh rakyatnya sentiasa diberkati Allah SWT,ā€ katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Terdahulu, hukuman enam sebatan yang dijalankan ke atas tukang rumah atas kesalahan khalwat berulang selesai dalam tempoh dua minit di Masjid Al-Muktafi Billah Shah selepas selesai solat Jumaat hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button