BERITA SEMASA

Hentikan sebar khabar angin, berita kematian Salahuddin tidak benar – SUA

KUALA LUMPUR – Berita kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang tersebar dalam media sosial adalah palsu.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Nur Syakirin Husnal kepada media.

“Berhenti menyebarkan dan mempercayai berita khabar angin.

“Datuk Seri Salahuddin Ayub masih bernafas. Jantungnya masih berfungsi. Beliau kini berada di unit rawatan rapi (ICU),” katanya menerusi kenyataan ringkas sebentar tadi.

Dalam pada itu Nur Syakirin berkata, sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan.

Sejak malam tadi khabar kematian Salahuddin mula ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas mengadu pening dan muntah ketika menghadiri satu program di Kedah.

Beliau kemudian dirujuk ke hospital dan didapati mengalami darah beku di otak sehingga memaksa pembedahan segera dilakukan semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button