Gus Elham mohon maaf selepas video cium kanak‑kanak tular, terima kecaman pihak berkuasa agama
KEDIRI (Indonesia) – Seorang pendakwah muda, Gus Elham Yahya Luqman tampil membuat permohonan maaf selepas tular video memaparkan dirinya mencium beberapa orang kanak‑kanak perempuan ketika sesi pengajian agama sekali gus menimbulkan kecaman masyarakat dan pihak berkuasa agama.
Menurut laporan Detik.com, rakaman yang viral di media sosial menunjukkan Gus Elham berada di atas panggung pengajian, memeluk seorang anak perempuan dan kemudian mencium pipi serta mulut beberapa kanak‑kanak tersebut.
Rakaman itu mendapat kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai tidak sesuai bahkan menyeret isu perlindungan kanak‑kanak dan etika dakwah.
Dalam satu kenyataan, Gus Elham mengakui kejadian itu sebagai kekhilafan peribadi dan memohon maaf kepada seluruh masyarakat.
“Saya dengan tulus memohon maaf kepada seluruh masyarakat berhubung penularan video tersebut.
“Harus diakui, ia adalah kesilapan dan kekhilafan peribadi saya,” katanya pada majlis pengajian Islam Ibadillah di Kediri, semalam.
Beliau berkata, video tersebut adalah rakaman lama yang kini telah dipadam dari media sosial rasmi pengajian beliau.
Sementara itu, Kementerian Agama Indonesia telah menyatakan pendirian tegas tentang perkara sedemikian.
“Ini tidak dapat ditoleransi sedikit pun,” kata Menteri Agama, Nasaruddin Umar.
Malah, beliau menegaskan perlunya pengawasan lebih ketat terhadap aktiviti keagamaan awam khususnya yang melibatkan kanak‑kanak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








