Ghana rekod kematian pertama akibat mpox, 23 kes baharu dikesan
ACCRA – Perkhidmatan Kesihatan Ghana mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut di rantau Afrika Barat.
Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan sebanyak 23 kes baharu turut dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 257 setakat 22 Julai lalu.
“Mpox merupakan penyakit virus zoonotik yang boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Ia pertama kali dikesan pada manusia pada tahun 1970 di Republik Demokratik Congo,” katanya dalam satu hantaran di laman X semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 14 Ogos 2024 telah kembali mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Membimbangkan di Peringkat Antarabangsa berikutan peningkatan mendadak kes dan kematian.
WHO turut memaklumkan peningkatan tersebut banyak melibatkan jangkitan daripada strain Clade I yang lebih agresif dan telah menular secara meluas di Congo serta beberapa negara jiran di Afrika.
Susulan itu, pihak berkuasa Ghana kini mempertingkat langkah pemantauan serta memberi tumpuan kepada usaha pendidikan dan kesedaran awam bagi mengawal penularan jangkitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








