LUAR NEGARA

Gambar sekolah bongkar ‘isteri’ sebenarnya lelaki tulen

JAKARTA – Hajat seorang lelaki dari Halmahera Selatan, wilayah Maluku Utara mahu mendirikan rumahtangga musnah apabila mengetahui isterinya ternyata seorang lelaki tulen.

Laporan portal Detik semalam menyebut, lelaki itu, Naim Saban, 25, bernikah dengan Dela La Udin, 26, pada 15 Mei lalu.

Ketua Kampung Sekly, Malik Hi Daud berkata, ketika pernikahan berlangsung, mereka langsung tidak mengesyaki ada yang tidak kena dengan pengantin perempuan, bahkan kata Malik, dia kelihatan cantik.

Namun, tembelang Dela mula terbongkar selepas seorang guru memuat naik gambarnya semasa sekolah menengah yang jelas menunjukkan dia seorang pelajar lelaki.

“Selepas gambar itu tular, saya memberitahu anak imam yang menyolek wajah Dela. Saya menyuruh mereka memeriksa anggota kelamin Dela untuk memastikan perkara tersebut,” katanya.

Tambahnya, Dela dikatakan enggan ditemani sesiapa pun ketika dia mahu menyalin pakaian pengantin, membuatkan mereka berasa lebih curiga.

Perkara itu akhirnya dapat dipastikan selepas beberapa penduduk mahu memeriksa anggota badan Dela dan dia akhirnya membuat pengakuan.

Berang akibat ditipu, keluarga Namin kemudiannya membawa Dela ke balai polis.

Selepas dibawa ke pejabat pemerintah setempat, Dela akhirnya membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa dia seorang lelaki.

“Saya, selaku pelaku yang membuat keadaan menjadi kecoh di Kampung Sekly, memohon maaf. Saya sebenarnya lelaki,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button