MALAYSIA MADANISUKAN

Futsal santai LP United, Veteran Sutera FC meriah

PUTRAJAYA — Perlawanan futsal persahabatan membabitkan pasukan, LP United daripada Lembaga Peperiksaan Putrajaya dan Veteran Sutera FC berlangsung meriah dengan penuh semangat kekeluargaan.

Program Futsal MADANI edisi kelima itu merupakan anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Anggota Badan Beruniform Negeri Selangor (PEKABS) dengan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Fikri Abd Aziz.Futsal santai LP United, Veteran Sutera FC meriah

Pengerusi PEKABS, Mohd Hafiz Osman berkata, penyertaan seramai 44 pemain daripada kedua-dua pasukan mencerminkan komitmen golongan pekerja terhadap aktiviti riadah dan kesukanan.

“Program ini merupakan satu usaha PEKABS dalam membina semangat kekitaan dan ukhuwah sesama ahli serta rakan jabatan menerusi aktiviti santai yang sihat.Futsal santai LP United, Veteran Sutera FC meriah

“Kami mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk terus menyokong dan menyertai program anjuran PEKABS, termasuk menerusi laman media sosial rasmi kami di Facebook dan TikTok, PERTUBUHAN PEKABS,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Tambah beliau, sumbangan orang awam juga amat dialu-alukan bagi membantu menjayakan program-program kebajikan dan kesukarelawanan akan datang.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 8605203754 atas nama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Anggota Badan Beruniform Negeri Selangor (PEKAB’S).

Dalam pada itu, PEKABS turut membuka peluang keahlian serta penyertaan sebagai sukarelawan dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi Setiausaha PEKABS, Siti Asmah Adam di talian 016-2219167.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button