SUKANBERITA SEMASA

Euro 2024: Pergaduhan penyokong cemari perlawanan Turkiye-Georgia

DORTMUND – Pertembungan antara Turkiye dan Georgia dalam saingan Euro 2024 di Stadium Signal Iduna Park, malam tadi dicemari pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan.

Ketegangan tercetus apabila peminat dari kedua-dua pasukan itu memulakan provokasi dengan melontar objek antara satu sama lain sehingga mencetuskan pergaduhan.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan pihak berkuasa stadium terpaksa campur tangan untuk meredakan ketegangan dan memastikan keselamatan semua.

Di sekitar pergaduhan pada pandangan bahagian atas.

Dalam pada itu, perlawanan tersebut menyaksikan Turkiye melakar kemenangan dengan menewaskan Georgia 3-1 malam tadi.

Pertahanan Fenerbahce, Mert Muldur, membuka tirai jaringan Turkiye dengan sepakan voli deras yang menewaskan penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili.

Pemain muda Real Madrid, Arda Guler, mencipta sensasi melalui rembatan derasnya dari bahagian kanan lalu memberikan gol kedua pasukan.

Kemudian, Kerem Akturkoglu memastikan tiga mata berharga menjadi milik Turkiye dengan jaringan ketiga.

Gol Georgia pula hadir menerusi Georges Mikautadze sebelum tamat separuh masa pertama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button