HIBURAN

Erra Fazira umum tarikh pernikahan esok?

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira dikhabarkan bakal mengumumkan tarikh pernikahannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain serentak dengan pelancaran video muzik terbaharu lagu klasiknya, Cinta Abadi esok.

Erra atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 51, dijangka berkongsi tarikh hari bahagia mereka di sebuah hotel di Selangor, menurut sumber dipetik Kosmo! Online.

Lagu Cinta Abadi yang dirakamkan pada 1994 di bawah label Polygram Record, dilaporkan dipilih sebagai tema rasmi perkahwinan pasangan itu.

“Esok adalah hari pelancaran video muzik Cinta Abadi dan pada masa sama, Erra dan calon suaminya difahamkan bakal membuat satu pengumuman besar.

“Lagu ini dipercayai mempunyai kaitan dengan hari bersejarah mereka,” kata sumber terbabit.

Cinta Abadi merupakan karya komposer Razman dengan lirik hasil nukilan Datuk Habsah Hassan dan dimuatkan dalam album pertama Erra yang menggunakan nama pentasnya sebagai judul album.

Bagaimanapun, sumber enggan mendedahkan tarikh sebenar pernikahan atau resepsi pasangan itu sebaliknya meminta peminat menantikan pengumuman rasmi esok.

Desas-desus mengenai perkahwinan Erra dan Ezwan mula timbul sekitar Ogos lalu, sekali gus menjadikan pengumuman esok sebagai detik yang dinanti peminat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button