EAIC tubuh pasukan khas siasat isu pemain naturalisasi FAM-FIFA
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan ketidakpatuhan prosedur serta kegagalan pengesahan dokumen dalam urusan kewarganegaraan tujuh pemain naturalisasi Malaysia yang dikaitkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
EAIC berkata, pasukan khas itu ditubuhkan selaras subseksyen 17(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
Katanya, pasukan berkenaan akan diketuai Timbalan Pengerusi EAIC, Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham bersama ahli Suruhanjaya iaitu Datuk Siti Zainab Omar, Datuk Seri Dr Yusof Ismail dan Datuk Ong Lam Kiat, selain pegawai kanan Bahagian Operasi EAIC.
“EAIC akan meneliti secara terperinci aspek integriti, tadbir urus serta pematuhan prosedur dalam pengurusan dan pengesahan dokumen pemain-pemain tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
EAIC turut memohon kerjasama semua agensi dan pihak berkaitan untuk memastikan proses siasatan berjalan lancar demi menjaga kepentingan awam serta integriti negara di peringkat antarabangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








