BERITA SEMASA

E-Sukan platform bina bakat generasi muda – Adly Zahari

LUMUT – E-sukan kini semakin mendapat pengiktirafan sebagai platform untuk membina bakat generasi muda dalam dunia digital.

E-sukan bukan sekadar hiburan tetapi membuka pelbagai peluang kerjaya profesional seperti pembangun permainan, pengurusan acara dan penyiaran yang memberi nilai tambah kepada generasi muda.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, pertandingan e-sukan bukan hanya untuk merangsang semangat kesukanan tetapi juga menyediakan platform bagi pelajar untuk mempamerkan bakat dan kemahiran.

Industri e-sukan yang pesat berkembang kini diiktiraf mampu memberi sumbangan besar dalam kerjaya masa depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Sukan Elektronik Sekolah Dalam Kem (e-Sport SDK ATM) di SMK Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, hari ini.

Adly berkata, kemahiran yang diperoleh daripada e-sukan, seperti strategi dan pemikiran taktikal dapat diaplikasikan dalam bidang pertahanan, terutama dalam menghadapi cabaran ancaman siber yang semakin meningkat.

Beliau berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengasah bakat pelajar dan mewujudkan ekosistem e-sukan yang sihat dan beretika di Malaysia.

Adly turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan menzahirkan harapan agar program itu terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button