Dua jet pasukan aerobatik Perancis bertembung di udara
PARIS – Dua buah jet Alpha daripada pasukan aerobatik Patrouille de France bertembung di udara ketika melakukan latihan, semalam.
Kejadian itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara 113 di Saint Dizier, timur Perancis.

Jurucakap Tentera Udara dan Angkasa Perancis memberitahu France24, dua juruterbang dan seorang penumpang terselamat setelah berjaya melenting keluar daripada pesawat yang terlibat, dan dilaporkan berada dalam sedar ketika ditemui.
Akibat pertembungan itu, salah sebuah pesawat terhempas di kawasan industri berdekatan, dan menyebabkan kebakaran, manakala sebuah lagi pesawat terhempas ke sebuah terusan.
Tiada sebarang kemalangan jiwa di darat dilaporkan.
Menteri Pertahanan Perancis, Sébastien Lecornu, mengesahkan melalui media sosial bahawa insiden itu berlaku sewaktu pesawat berkenaan dalam latihan raptai persembahan.
Sementara itu, akhbar Le Figaro berkata, dua daripada mangsa dihantar ke hospital bagi menerima rawatan, manakala seorang lagi dirawat pihak tentera.
Patrouille de France adalah pasukan demonstrasi aerobatik berprestasi tinggi milik Tentera Udara dan Angkasa Perancis, dan ditubuhkan pada tahun 1953.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
